BERAKAS GARISON, Jumaat 03 November 2017 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan upacara penyampaian Pingat Laila Tugas atau General Service Medal (GSM) bertempat di Padang Kawad 1Bn TDDB.

Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Pegawai-Pegawai Memerintah 1Bn TDDB, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan semua warga 1Bn TDDB.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah diketuai oleh SSjn Norazlan bin Abd Rahman, anggota Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Acara diteruskan dengan penyampaian pingat-pingat kepada 2 orang Pegawai yang baru ditauliahkan pengambilan ke 16, Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB serta 58 anggota lepasan latihan asas rekrut pengambilan ke 157 IL ABDB.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghormatan serta pengiktirafan diatas usaha dan pengorbanan mereka memilih untuk menceburi didalam bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka. Ia juga sebagai penyuntik semangat kepada anggota-anggota untuk meningkatkan semangat kepahlawanan dan menyemai didalam diri mereka sendiri untuk sentiasa berusaha dengan gigih dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.