MITEC, Kuala Lumpur, Selasa 17 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (Pem TDDB) telah menghadiri Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Malaysian Intermational Trade and Exhibition Centre, MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia.
DSA merupakan Pameran Peralatan dan Teknologi Pertahanan yang di adakan pada setiap tahun yang dikendalikan oleh negara Malaysia. Ia merupakan platform yang terbesar disediakan bagi merancakkan lagi industri pertahanan dan keselamatan di rantau Asia.
Antara acara yang dihadiri oleh Pemerintah TDDB ialah Chief of Army Round Table Talk (ChART) yang mana melibatkan Pemerintah-Pemerintah atau wakil-wakil Pemerintah-Pemerintah Tentera Darat daripada 17 buah Negara terdiri dari Australia, Brunei Darussalam, Cambodia, Peranchis, Indonesia, India, Nepal, New Zealand, Oman, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Tentera Darat Amerika Syarikat Pasifik atau United State Army Pacific (USARPAC), Zimbabwe dan negara tuan rumah Malaysia. Tajuk perbincangan ChART adalah
The Role Of Army In Sustaining Security Against The Threat Of Radicalism And Terrorism. Semua pemerintah-pemerintah atau wakil-wakil pemerintah-pemerintah tentera darat yang hadir telah memberikan pandangan atau mengkonsikan pengalaman daripada negara masing yang mana semua berpendapat pengonsian maklumat dan perisikan serta berkerja sama oleh pihak-pihak yang telibat adalah satu kemestian bagi membenteras isu pelampau (radical) dan penganasan. ChART telah dibuka resmi oleh Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku, Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Pemerintah TDDB juga membuat kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat (PTD) Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim. Kunjungan ini antara lain untuk meningkatkan hubungan erat serta kerjasama kedua-dua negara disamaping itu juga perjumpaan pertama Pem TDDB dengan PTD. Pemerintah TDDB juga menerima kunjungan hormat daripada Pemerintah Komponen Darat, New Zealand, Brigadier Jeneral John Boswell. Antara yang dibincangkan adalah untuk meneruskan kerjasama antara Brunei Darussalam dan New Zealand dari segi latihan Sekolah Pegawai Kadet New Zealand ke Brunei Darussalam, penglibatan latihan bersama New Zealand serta lawatan-lawatan daripada Tentera Zealand bagi mengonsikan pengelaman.
Pemerintah TDDB juga mengambil kesempatan melawat beberapa buah syarikat-syarikat yang terlibat dalam pameran Defence Services Asia (DSA) ini.
Disertai lebih 1,200 syarikat dari 60 negara, DSA 2018 sekali lagi membuka peluang kepada Malaysia serta negara ASEAN untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat khususnya dalam industri pertahanan. Penganjuran DSA kali ini juga menjadi pemangkin untuk negara peserta mengkoordinasi bidang pertahanan masing-masing bagi menghadapi pelbagai kemungkinan ancaman pada masa depan. Ia juga diharap dapat menyatukan pelbagai pembuat dasar kerajaan, agensi tentera dan mekanisme pertahanan serantau.


