BOLKIAH GARRISON, Monday, 6th October 2025 Captain Pengiran Muhd Faaiz bin Pengiran Haji Ali and Sergeant Khairul Haziman bin Suhaili from the Engineer Regiment Royal Brunei Land Forces (RBLF), and Sergeant Muhd Firdaus bin Abd Karim from the Field Headquarters Quartermaster RBLF, have completed the Paracounselor Preparatory Course conducted by Royal Brunei Armed Forces (RBAF) PRIHATIN Centre, from 4th September to 6th October 2025.

The closing ceremony was officiated by Colonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Director of Personnel, Directorate of Personnel, Ministry of Defence. A total of 23 participants, comprising 10 RBAF personnel and 13 civilian staff,  had attended the course. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by remarks from the Director of Personnel, who encouraged all participants to apply the knowledge gained in strengthening the support ecosystem within the RBAF. The event concluded with the presentation of certificates and a group photo session.

The course is aimed to equip participants with foundational counselling knowledge and practical skills to support the mental, emotional, and social well-being of RBAF personnel. The RBAF remains committed to promoting holistic welfare and mental resilience among its members in line with the Ministry of Defence’s ongoing #ABDBPrihatin initiative towards a caring and resilient defence community.

MAJLIS PENUTUP KURSUS PERSEDIAAN PARAKAUNSELOR

BOLKIAH GARISON, Isnin, 6 Oktober 2025 – Kapten Pengiran Muhd Faaiz bin Pengiran Haji Ali dan Sarjan Khairul Haziman bin Suhaili, dari Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dan Sarjan Muhd Firdaus bin Abd Karim dari Kuartermaster Markas Medan, TDDB telah menamatkan Kursus Persediaan Parakaunselor yang dikendalikan oleh Pusat PRIHATIN, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bermula pada 4 September hingga 6 Oktober 2025.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Pengarah Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Seramai 23 peserta telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada 10 anggota ABDB serta 13 kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Keanggotaan yang menggalakkan semua peserta kursus untuk mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam memperkasakan ekosistem sokongan dalam ABDB. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar ramai.

Kursus ini adalah bertujuan untuk membekalkan para peserta dengan pengetahuan asas dan kemahiran praktikal kaunseling bagi menyokong kesejahteraan mental, emosi dan sosial warga ABDB. ABDB akan terus komited dalam mempromosikan kebajikan holistik serta ketahanan mental di kalangan anggotanya selaras dengan inisiatif berterusan Kementerian Pertahanan  #ABDBPrihatin ke arah komuniti pertahanan yang prihatin dan berdaya tahan.