TUTONG CAMP, Tuesday, 3 October 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held an Outreach event with 2Bn RBLF’s Religious School in conjunction with Maulud Nabi for the year 1445H at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp.

Present at the ceremony was Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF, and Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Staff Officer Grade One Religious Operation from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT). Also present was Ustaz Nooralizam bin Haji Idris, Principal of 2Bn RBLF Religious School. The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, and religious talk delivered by Imam Muhammad Habib Azizi bin Muhammad Ghazali on “Personal Character of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam”.  During the talk, Imam emphasised on Prophet Muhammad as a role model that possessed virtuous personality. The event continued with Dikir, Selawat Badriyah, Dikir Dibaie and Selawat Tafrijiyyah. It also held Asar Prayer, Wirid and Doa, followed by Dikir Marhaban, Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The event concluded with the presentation of memento and a group photo session.

The celebration of the Maulud is one of the programmes organised by JAMAAT RBAF to instill love for Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam to ask for blessings and protection from Allah Subhanahu Wata’ala.

 

MAJLIS JANGKAUAN MAULUD NABI BERSAMA SEKOLAH UGAMA BATALION KEDUA TDDB

PERKHEMAHAN TUTONG, Selasa, 3 Oktober 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Jangkauan bersama Sekolah Ugama 2Bn TDDB bersempena sambutan Maulud Nabi 1445H bertempat di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong.

Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pegawai Turus Gerakan Agama JAMA’AT Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Ustaz Nooralizam bin Haji Idris, Guru Besar Sekolah Ugama 2Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan ceramah yang disampaikan oleh Imam Muhammad Habib Azizi bin Muhammad Ghazali bertajuk “Akhlak Peribadi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”. Melalui ceramah tersebut menekankan keperibadian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang berakhlak mulia dan perlu menjadi teladan bagi seluruh ummah. Majlis diterukan dengan persembahan Dikir Pilihan, Selawat Badriyah, persembahan Dikir Dibaie dan Selawat Tafrijiyah. Selain itu, aturcara majlis juga menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah, Wirid dan Doa, diikuti dengan Dikir Marhaban, Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati dan sesi bergambar ramai.

Majlis Jangkauan Maulud ini merupakan salah satu program yang diungkayahkan oleh JAMA’AT ABDB bagi mewujudkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping memohon keberkatan dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala.