BERAKAS GARRISON, Tuesday, 13 April 2021 – The arrival of the blessed month of Ramadhan 1442 Hijrah was glorified with the Terawih Prayers and Tadarus Al-Quran ceremonies at all Royal Brunei Land Force (RBLF) camps.

Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present was Senior officers, Officers and other RBLF personnel. 

The event commenced with a mass Isya’ prayer followed by Terawih and Witir Prayers. The event then continued with the recitation of Sayyidul Istighfar and the opening of Tadarus Al-Quran ceremony officiated by the Commander of RBLF. The ceremony proceeded with the reading of Surah Al Baqarah and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Similar ceremonies were also held at all RBLF camps. For the ceremony at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp, the guest of honour was Major Haji Nafisal @ Dedy bin Haji Salim, Acting Commanding Officer of Second Battalion, RBLF whereas Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of Third Battalion, RBLF was guest of honour at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp. Meanwhile, Major Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of First Battalion, RBLF and Major Matalisham bin Haji Mahadi, Officer Commanding of Command Company, Second Battalion RBLF were both present for the ceremonies at Surau Al-Quwwah Bangar Camp and Masjid Pulau Baru-Baru respectively. Also present at all ceremonies were officers and personnel from respective camps.

As part of religious activities during the holy month of Ramadhan, this annual activity serves to encourage the personnel of the RBLF to complete the recital of 30 Juz of the Al-Quran. This practice is in line with the aspiration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam for the people in the country to uphold the knowledge and reading skills of Al-Quran as well as to be able to produce an Al-Quranliterate nation.

 

MAJLIS PEMBUKAAN SEMBAHYANG TERAWIH DAN TADARUS AL-QURAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1442 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Selasa, 13 April 2021 –Kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan disambut dengan majlis pembukaan sembahyang Terawih dan Tadarus Al-Quran bertempat di semua perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis di Surau Al-Faizun, Berakas Garison ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Sembahyang Terawih dan Witir. Majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan diikuti dengan majlis pelancaran Tadarus Al-Quran yang dirasmikan oleh Pemerintah TDDB. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Baqarah dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB. Bagi majlis yang diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, Mejar Haji Nafisal @ Dedy bin Haji Salim, Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB hadir selaku tetamu kehormat majlis dan Leftenen Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB, hadir selaku tetamu kehormat majlis di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut. Manakala, Mejar Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB dan Major Matalisham bin Haji Mahadi, Pegawai Memerintah Kompeni Memerintah Batalion Kedua TDDB turut hadir di majlis yang diadakan di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar dan Masjid Pulau Baru-Baru. Turut hadir bagi majlis-majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB di perkhemahan masing-masing.

Majlis-majlis tersebut adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti keagamaan di bulan Ramadan bagi menggalakkan warga TDDB untuk menamatkan bacaan 30 Juzu’ Kitab suci Al-Quran di bulan Ramadan. Amalan ini bertepatan dengan hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang setentunya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembacaan Al-Quran serta dapat melahirkan rakyat dan penduduk yang celik Al-Quran.