MANDAI HILL CAMP, Tuesday, 15 January 2019 – The opening ceremony of Exercise Maju Bersama Series 23/2018 involving personnel from the Third Battalion, Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) and the 16 C4I Battalion 2 Singapore Infantry Brigade (16 C4I Bn 2SIB) took place today at the 16C4I Battalion parade square, Mandai Hill Camp.

The opening ceremony was officiated by Brigadier General Kenneth Liow, Chief of Staff (General Staff), Singapore Army and Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, Deputy Commander, RBLF as guests of honour. The ceremony commenced with a parade inspection and opening remarks by the guests of honour. The event was then followed by an exchange of Exercise Maju Bersama insignias.

The 23rd series of Exercise Maju Bersama will be conducted in three phases: Professional sharing, Urban Operations Training and Multi-Mission Range Complex Shoot. The exercise seeks to improve the interoperability, exchange of knowledge on urban warfare and further strengthen bilateral relations between both countries.

A total of 118 RBLF personnel participated in this exercise comprised of 113 personnel from 3Bn RBLF and 05 personnel from RBLF HQ. The exercise will take place from 15 January 2019 and will end on 28 January 2019.

UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS MAJU BERSAMA 23/2018

KEM MANDAI HILL, Selasa, 15 Januari 2019 – Upacara pembukaan Eksesais Maju Bersama Siri 23/2018 yang mana melibatkan anggota daripada Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dan
16 C4I Battalion 2 Singapore Infantry Brigade (16 C4I Bn 2SIB) telah berlangsung di Padang Kawad Batalion 16 C4I, Kem Mandai Hill.

Upacara pembukaan eksesais ini telahpun disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Kenneth Liow,
Chief of Staff (General Staff), Tentera Darat Singapura dan Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah, TDDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan diikuti dengan ucapan pembukaan daripada Tetamu Kehormat Majlis. Upacara diteruskan dengan pertukaran lencana Eksesais Maju Bersama.  

Eksesais Maju Bersama Siri ke-23 tersebut akan dijalankan dalam tiga fasa: Perkongsian Profesional, Latihan Pertempuran Bandar dan
Multi-Mission Range Complex Shoot. Eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan tahap interoperabiliti dalam operasi, memupuk pertukaran pengetahuan tentang pertempuran bandar dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Seramai 118 anggota TDDB yang terlibat dalam eksesais yang mana terdiri daripada 113 anggota daripada 3Bn TDDB dan 05 anggota daripada Markas TDDB.  Eksesais ini akan bermula pada 15 Januari 2019 dan akan berakhir pada 28 Januari 2019.