
BERAKAS GARRISON, Friday, 15 April 2022 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held an opening ceremony for the inaugural Program Intervensi Kaunseling Mandatori (PIKM) today at 1Bn RBLF Cookhouse, Berakas Garrison. Present at the ceremony was Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Deputy Commanding Officer of the 1Bn RBLF and who is also the Chairman of the PIKM, 1Bn RBLF. In attendance were officers and personnel of 1Bn RBLF as well as family members of the trainee.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the officiating ceremony. It continued with the opening speech by the Chairman of the programme and concluded with Doa Selamat, Doa Tolak Bala and Closing Doa.
This programme was hosted by the 1Bn RBLF through Sel Kesejahteraan Unit (SKU) 1Bn RBLF, supported by the Pusat PRIHATIN of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and officially commenced on 15 April 2022 and will end on 17 June 2022.
The programme aims to provide rehabilitation of the trainee who consists of 1Bn RBLF personnel through counselling sessions, thus also expected to provide opportunities and guidance for the trainees involved to shift into a healthier lifestyle and further develop life skills, more importantly, provide emotional management to hinder them from returning to drug abuse. The participants are specifically selected qualified personnel from 1Bn RBLF to be part of a dedicated para-counsellor team, which will be a crucial platform to learn and acquire experience in counselling related matters.

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI JULUNG KALINYA MENGADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM INTERVENSI KAUNSELING MANDATORI (PIKM)
BERAKAS GARISON, Jumaat, 15 April 2022 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Pembukaan Program Intervensi Kaunseling Mandatori (PIKM) pada hari ini bertempat di Rumah Masak 1Bn TDDB, Berakas Garison. Hadir di majlis tersebut ialah Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB yang juga merupakan pengerusi program PIKM 1Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB serta ahli keluarga anggota pelatih.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Majlis Pembukaan PIKM 1Bn TDDB. Acara diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada pengerusi program dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, Doa Tolak Bala dan Doa Penutup.
Program ini dihoskan oleh 1Bn TDDB melalui Sel Kesejahteraan Unit (SKU) 1Bn TDDB, dengan bantuan Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mana telah bermula secara rasminya pada 15 April 2022 dan berakhir pada 17 Jun 2022.
Matlamat utama program adalah untuk menjaga kebajikan dan sebagai rehabilitasi kepada anggota Pelatih 1Bn TDDB melalui pelaksanaan beberapa jenis sesi kaunseling. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang dan bimbingan kepada para anggota pelatih dalam memilih gaya hidup yang sihat dan melatih kemahiran berfikir, mengubah tingkah laku serta pengurusan emosi agar dapat mengelakkan mereka dari terlibat dengan sebarang unsur negatif khasnya penyalahgunaan dadah. Selain itu, peserta program adalah terdiri daripada anggota 1Bn TDDB yang terpilih sebagai parakaunselor bagi meningkatkan dedikasi dan profesionalisme mereka serta menjadi platform terbaik untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang kaunseling.