LIMAU MANIS, Wednesday, 02 December 2020 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) with Reserve Unit Company ‘C’ Royal Brunei Police Force (RBPF) held a
muzakarah session with Penghulu and Head of Villagers of Mukim Pangkalan Batu at Limau Manis Police Station as well as personnel operating at Limau Manis Police Station.

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Penghulu of Mukim Pangkalan Batu. Also present were Commanding Officer 1Bn RBLF, Commanding Officer RBPF, Officers of 1Bn RBLF, Officers of RBPF and Head of Villages of Mukim Pangkalan Batu.

The event began with a tour around the operating base and an executive brief by Major Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif before proceeding with the discussion session and lunch. The event concluded with a photo session.

This
muzakarah session was held to raise awareness and understanding to penghulu and head of villages with regard to the roles and responsibilities by agencies operating at Bebuloh-Lumapas and Limau Manis Operating Base.

SESI MUZAKARAH BERSAMA YANG BERHORMAT PENGHULU MUKIM PANGKALAN BATU, KETUA-KETUA KAMPUNG MUKIM PANGKALAN BATU DAN PASUKAN BERTUGAS OPS SEPADU COVID –19

LIMAU MANIS, Rabu, 02 Disember 2020 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) bersama Pasukan Simpanan Polis Kompeni ‘C’ Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan sesi Muzakarah dengan Yang Berhormat Penghulu dan ketua-ketua kampung Mukim Pangkalan Batu serta pasukan bertugas Operasi Sepadu COVID-19 di Balai Polis Limau Manis.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Penghulu Mukim Pangkalan Batu. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Pegawai Pemerintah PPDB, pegawai-pegawai dari 1Bn TDDB, pegawai-pegawai dari PPDB dan Ketua-ketua kampong Mukim Pangkalan Batu.

Majlis dimulakan dengan lawatan di kawasan pangkalan operasi dan penyampaian taklimat operasi daripada Mejar Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif. Acara diteruskan dengan sesi perbincangan dan makan tengah hari sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Tujuan sesi muzakarah ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada penghulu dan ketua-ketua kampung tentang tugas dan tanggungjawab anggota penguatkuasa yang beroperasi di kawasan Bebuloh-Lumapas dan Pangkalan Operasi Limau Manis.