BERAKAS GARRISON, Friday, 08 September 2023 – The Musabaqah Tilawah Al-Quran organised by Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) in conjunction with the 61st Anniversary of RBLF was held today at the Pahlawan Hall, Berakas Garrison. A total of 14 contestants participated on 30th August 2023 and from that six contestants were advanced to the final.

Present as the Guest of Honor was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were the Deputy Commander of RBLF, RBLF Senior Officers, officers and personnels of RBLF.

The competition commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and continued with the recital of the holy verses of the Al-Quran from the participants. The ceremony also witnessed the recitation from a national youth Al-Quran competition in the semi-finals of 2023 by Muhammad Zaim Al-Muzaffar bin Haji Zulaminshah before proceeding with the presentation of prizes to the winners, and presentations of mementos to the judges.

The Qari overall champion was won by Private Muhammad Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin dari from 2Bn RBLF. While the runner-up was won by Private Muhammad Aiman bin Saili from 3Bn RBLF and third place was won by Staff Sergeant Muhammad Ali Hussin bin Zakaria from RBLF Headquarters. For the Qariah category, the overall champion was was won by Lance Corporal Nurul Khairah binti Md Sahri from Health and Medical Service RBLF, while the runner-up was won by Corporal Pengiran Siti Noor Azimah binti Pengiran Asmadi from Combat Service Support (CSS RBLF) and third place was won by Private Norazimah binti Yussof from CSS RBLF. The ceremony concluded with the recitation of a Closing Doa followed by a group photo session.

This event aims to find Qari and Qariah from among RBLF personnel with the potential to represent RBLF in the Musabaqah Tilawah Al-Quran competition at the Royal Brunei Armed Forces level. In addition, to also seek blessings and nurture the interests of reading Al-Quran as a daily practice.

 

MAJLIS MUSABAQAH TILAWAH AL-QUR’AN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-61 TAHUN

BERAKAS GARISON, Jumaat, 08 September 2023 – Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran yang dikendalikan oleh Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke 61 telah diadakan pada hari ini di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Seramai 14 peserta telah bertanding pada 30 Ogos 2023 dan seramai enam peserta telah mara ke peringkat akhir.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan TDDB, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Pertandingan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan memperdengarkan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dari peserta-peserta Qari dan Qariah. Majlis turut menyaksikan bacaan Surah Al-Quran yang dibaca oleh Tilawatil Quran Belia Kebangsaan separuh akhir tahun 2023, Muhammad Zaim Al-Muzaffar bin Haji Zulaminshah sebelum diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang, dan penyampaian cenderahati kepada para hakim.

Johan Qari telah disandang oleh Soldadu Muhammad Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin dari 2Bn TDDB. Naib johan dimenangi oleh Soldadu Muhammad Aiman bin Saili dari 3Bn TDDB dan tempat ketiga pula dimenangi oleh ialah Staf Sarjan Muhammad Ali Hussin bin Zakaria dari Markas TDDB. Manakala bagi peserta Qariah, johan Qariah disandang oleh Las Kopral Nurul Khairah binti Md Sahri dari Khidmat Kesihatan dan Perubatan TDDB, manakala naib johan dimenangi oleh ialah Korperal Pengiran Siti Noor Azimah binti Pengiran Asmadi dari Khidmat Bantu Kombat (KBK TDDB) dan tempat ketiga dimenangi oleh Soldadu Norazimah binti Yussof dari Khidmat Bantu Kombat (KBK TDDB). Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.

Majlis ini bertujuan untuk mencari Qari dan Qariah dari kalangan anggota-anggota TDDB yang berpotensi untuk mewakili TDDB dalam pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Disamping itu juga, ia adalah untuk mencari keberkatan dan menimbulkan minat membaca Al-Quran untuk menjadikannya budaya sebagai amalan harian.