
BRUNEI, Friday, 11 March 2022 – In conjunction with the Diamond Jubilee Anniversary of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and as part of its Community Outreach Campaign, RBLF continues to undertake mosque cleaning campaigns today at Kampong Limau Manis Mosque, Mukim Pengkalan Batu, Rashidah Sa’adatul Bolkiah Mosque, Kampong Sungai Akar and Mohamad Jamalul Alam Mosque, Kuala Belait.
For the cleaning campaign held at Kampong Limau Manis Mosque, the campaign was carried out by the personnel from First Battalion RBLF (1Bn RBLF). Also present during the campaign was Mohd Asdey Hazabullah bin Hj Md Zain, Imam of Kampong Limau Manis Mosque, Hj Mohammad Zain bin Abd Ghani, Acting Head of Wasan Village and Committee members of Kampong Limau Manis Mosque.
Meanwhile, for the cleaning campaign held at Rashidah Sa’adatul Bolkiah Mosque, the campaign was carried out by personnel from RBLF Headquarters (RBLF HQ) and Headquarters Company RBLF (HQ Coy RBLF), whilst at Mohamad Jamalul Alam Mosque, the cleaning campaign was carried out by personnel from ThirdBattalion RBLF (3Bn RBLF). Both cleaning campaigns was assisted by committee members of each respective mosque.
The objectives of the cleaning campaigns are to contribute towards the wider Bruneian community with a particular focus on mosques and religious halls. It also serves to improve the relationship between the community and RBLF personnel, thus fostering charitable attitudes by helping the community in need.


KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN TENTERA DIRAJA BRUNEI
BRUNEI, Jumaat, 11 Mac 2022 – Sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Diraja Brunei (TDDB) dan sebagai sebahagian daripada kempen kemasyarakatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meneruskan kempen kebersihan pada hari ini bertempat di Masjid Kampong Limau Manis, Mukim Pengkalan Batu, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampong Sungai Akar dan Masjid Mohamad Jamalul Alam, Kuala Belait.
Bagi kempen kebersihan yang dilaksanakan di Masjid Kampong Limau Manis, kempen kebersihan tersebut telah dikelolakan oleh anggota-anggota dari Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB). Turut sama dalam kempen kebersihan tersebut ialah Mohd Asdey Hazabullah bin Hj Md Zain, Imam Masjid Kampong Limau Manis, Hj Mohammad Zain bin Abd Ghani, Pemangku Ketua Kampong Wasan dan Ahli-ahli Jawatan Takmir Masjid.
Manakala bagi kempen kebersihan yang dilaksanakan di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, kempen kebersihan tersebut telah dikelolakan oleh anggota-anggota dari Markas TDDB (Mrks TDDB) dan Kompeni Markas TDDB (Komp Mrks TDDB), dan bagi di Masjid Mohamad Jamalul Alam, kempen kebersihan telah dikelolakan oleh anggota-anggota dari Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB). Kedua-dua kempen tersebut telah dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid.
Kempen membersihkan masjid merupakan sumbangan kepada masyarakat dengan tumpuan kepada masjid-masjid dan balai-balai ibadah. Kempen kebersihan tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan di antara penduduk kampung dan warga TDDB sekali gus memupuk sikap beramal serta tolong menolong kepada masyarakat.