BRUNEI, Tuesday, 21 December 2021 – In conjunction with the Diamond Jubilee Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and as part of its Community Outreach Campaign, the Royal Brunei Land Force (RBLF) continues to undertake mosque cleaning campaigns today at Surau Kampong Piasau-Piasau, Mukim Labu, Temburong District and Zainab Mosque, Lumut, Belait District. Both cleaning campaigns were conducted in accordance with the guidelines set by the Ministry of Health.
For the cleaning campaign at Surau Kampong Piasau-Piasau, the campaign was carried out by the personnel from Company E, First Battalion RBLF (E Coy, 1Bn RBLF). Also present during the campaign was Muhammad Hakim bin Md Amin, Bilal of Surau Kampong Piasau-Piasau and committee members of Surau Kampong Piasau-Piasau.
Meanwhile, for the cleaning campaign held at Zainab Mosque, Lumut, the campaign was carried out by personnel from Third Battalion RBLF and assisted by committee members of Zainab Mosque, Lumut.
The mosque cleaning campaigns were carried out by Directorates under the Ministry of Defence as well as other RBAF units as means to contribute towards the wider Bruneian community with a particular focus on mosques and religious halls. The purpose of the cleaning campaigns also serves to improve the relationship between the community and the members of the RBLF, thus fostering charitable attitudes by helping the community in need. RBLF will continue to conduct cleaning campaigns at mosques and suraus in all districts until February 2022.

KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BRUNEI, Selasa, 21 Disember 2021 - Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan sebagai sebahagian daripada kempen kemasyarakatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meneruskan kempen kebersihan di Surau Kampong Piasau-Piasau, Mukim Labu, Daerah Temburong dan Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait. Kedua-dua kempen kebersihan tersebut telah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagi kempen kebersihan yang dilaksanakan di Surau Kampong Piasau-Piasau, kempen kebersihan tersebut telah dikelolakan oleh anggota-anggota dari Kompeni E, Batalion Pertama TDDB (Komp E, 1Bn TDDB). Turut sama dalam kempen kebersihan tersebut ialah Muhammad Hakim bin Md Amin, Bilal Surau Kampong Piasau-Piasau dan Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Kampong Piasau-Piasau.
Manakala bagi kempen kebersihan yang dilaksanakan di Masjid Zainab, kempen kebersihan tersebut telah dikelolakan oleh anggota-anggota dari Batalion Ketiga TDDB dan dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Zainab.
Kempen membersihkan masjid ini dijalankan oleh Jabatanarah-Jabatanarah Kementerian Pertahanan dan unit-unit ABDB sebagai sumbangan kepada masyarakat dengan tumpuan kepada masjid-masjid dan balai-balai ibadah. Kempen kebersihan tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan di antara penduduk kampung dan warga Kementerian Pertahanan sekali gus memupuk sikap beramal serta tolong menolong kepada masyarakat. TDDB akan melaksanakan kempen membersihkan masjid dan surau di semua daerah sehingga bulan Februari 2022.