
BERAKAS GARRISON, Thursday, 06 May 2021 – To enliven the holy month of Ramadhan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II joined Terawih and Tadarus Al-Quran at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison. Also present were Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Senior Officers, Officers and personnel from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBLF.
The event commenced with a mass Isya’ prayer followed by Terawih and Witir Prayer. The event proceeded with the recitation of Sayyidul Istighfar and Tadarus Al-Quran followed by the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam. The event then concluded with a group photo and light refreshments.
The visit was hosted by First Battalion RBLF as part of the Ihya Ramadhan Program conducted throughout the holy month of Ramadhan.

YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN KEDUA SERTAI TERAWIH DAN TADARUS DI SURAU AL-FAI’ZUN
BERAKAS GARISON, Khamis, 06 Mei 2021 – Bagi mengimarahkan lagi suasana bulan Ramadan yang mulia, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menyertai Terawih dan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garison. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB dan anggota-anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Tadarus Al-Quran diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis kemudian di akhiri dengan bergambar ramai dan jamuan ringan.
Kunjungan ke Surau Al-Faizun, Berakas Garison telah dihoskan oleh Batalion Pertama TDDB dan ianya merupakan sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan yang dianjurkan di sepanjang bulan Ramadan.