THAILAND, Friday, 21 June 2019 – Representatives from the Medical and Health Services, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) attended the Military Medical Emergency Response Team (M-MERT) Exchange, organised by the ASEAN Centre of Military Medicine (ACMM) in Thailand, that was held from 17 June 2019 until 21 June 2019.

Located at the Academy of Fire and Rescue, Phetchaburi Province, Thailand, the five-day M-MERT exchange gathered medical officers, nurses, medical assistants and administrative/ logistical support personnel from military organisations of ASEAN. According to the Roadmap of ACMM 2016-2020, the objectives of the M-MERT exchange are to share experiences and procedures in military medical emergencies conducted by respective countries as well as to review an early draft of the “Handbook of Medical Emergency Response Team” which will be put into practice during multi-national HADR operations.

Representing the Royal Brunei Armed Forces were Major (Dr) Isehardy bin Murni, Lieutenant Wan Nurul Naszeerah binti Mohammed Zainal Abidin Ariff, Staff Sergeant Mohamed Noor Amali bin Hj Abdul Rahim, Sergeant Shahfaizal bin Hj Hamidon and Corporal Norrafiah binti Abdul Rappar.

The highlight of the M-MERT exchange was the field training exercise, during which representatives from all countries were divided into two groups undergoing mock disaster scenarios such as earthquakes and flooding. Despite the language barrier and diverse backgrounds amongst the participants, the exercise proved that teamwork and coordination can be achieved at multi-national HADR operations.

Apart from conducting such exchange and providing support in HADR operations, ACMM also provides training in various topics to enhance the interoperability of all military medical organisations in ASEAN.

PERTUKARAN

MILITARY MEDICAL EMERGENCY RESPONSE TEAM
(M-MERT)

THAILAND, Jumaat, 21 Jun 2019 – Wakil-wakil dari Unit Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei telah menghadiri Pertukaran
Military Medical Emergency Response Team (M-MERT), yang dianjurkan oleh Pusat Perubatan Ketenteraan ASEAN (ACMM) di Thailand yang bermula pada 17 Jun 2019 hingga 21 Jun 2019. 

Berlangsung di
Academy of Fire and Rescue, Wilayah Phetchaburi, Thailand, pertukaran M-MERT selama lima hari itu telah dihadiri oleh para pegawai perubatan, jururawat, pembantu perubatan dan kakitangan dalam pentadbiran / logistik perubatan dari kesemua sepuluh organisasi ketenteraan ASEAN.

Menurut Hala Tuju ACMM 2016-2020, objektif pertukaran M-MERT adalah untuk berkongsi pengalaman dan prosedur dalam kecemasan perubatan ketenteraan yang dipraktikkan oleh negara masing-masing serta mengkaji draf awal “Buku Panduan Military Medical Emergency Response Team” yang akan dilaksanakan semasa operasi HADR yang melibatkan beberapa negara. 

Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah Mejar (Dr) Isehardy bin Murni, Leftenan Wan Nurul Naszeerah binti Mohammed Zainal Abidin Ariff, Staf Sarjan Mohamed Noor Amali bin Hj Abdul Rahim, Sarjan Shahfaizal bin Hj Hamidon dan Koperal Norrafiah binti Abdul Rappar.

Kemuncak pertukaran M-MERT adalah latihan medan, di mana wakil-wakil dari semua negara dibahagikan kepada dua kumpulan yang diberikan senario bencana alam, seperti gempa bumi dan banjir. Walaupun para peserta mempunyai perbezaan dari segi bahasa dan latar belakang, latihan ini telah berjaya membuktikan bahawa kerja berpasukan dan koordinasi dapat dicapai di operasi HADR yang melibatkan beberapa negara.  Selain menjalankan pertukaran dan memberi sokongan dalam operasi HADR, ACMM juga menyediakan latihan dalam pelbagai topik untuk mempertingkatkan keselarasan semua organisasi perubatan ketenteraan di ASEAN.