SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 23 June 2023 – PRIHATIN Centre, Royal Brunei Armed Forces (PRIHATIN RBAF) conducted a Military Discipline Programme for the Royal Guard’s Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) personnel today at the Cook House, Sungai Akar Camp.
In this programme, PRIHATIN RBAF highlighted and remind all levels of leadership and personnel on the importance of discipline, the implementation of RBAF core values, more vigilant on social media as well as possible offences and the repercussions that follow if found guilty. Some of the offences discussed include Military Offence, Civil Offence and Syariah Offence. The programme concluded with the recital of Surah Al-Asr.
PROGRAM DISIPLIN TENTERA MEMPERKUKUHKAN JATI DIRI ANGGOTA
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Jumaat, 23 Jun 2023 – Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PRIHATIN ABDB) telah mengadakan Program Disiplin Tentera bagi anggota – anggota Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) pada hari ini bertempat di Rumah Masak, Perkhemahan Sungai Akar.
Melalui program tersebut, PRIHATIN ABDB menekankan dan mengingatkan semua peringkat kepimpinan dan anggota betapa pentingnya menjaga disiplin, di samping mengimplementasikan nilai-nilai teras ABDB dan waspada akan penggunaan media sosial serta pengenalan kepada jenis-jenis kesalahan yang boleh didakwa dan tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya sabit kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah Kesalahan Tentera, Kesalahan Sivil dan Kesalahan Syariah. Program diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.