SUNGAI AKAR CAMP, Monday, 15 May 2023 PRIHATIN Centre Royal Brunei Armed Forces (PRIHATIN Centre RBAF) held another briefing session on Military Discipline for officers and personnel of the Royal Guards Regiment, Royal Brunei Land Force (RGdR, RBLF) at the Cookhouse, Sungai Akar Camp. The briefing was delivered by Lieutenant Ramizah bin Sani, Counselor Officer, PRIHATIN Centre RBAF.

Among the offences highlighted during the briefing are Military Offences, Civil Offences and Syariah Offences. All attendees were also reminded to contact PRIHATIN Centre RBAF if they encounter any problems and to avoid abusing social media for personal purposes that are not beneficial. The briefing ended with a question-and-answer session and Surah Al-Asr.

The purpose of the briefing is to give awareness and as a reminder to all levels of leadership and personnel on the importance of maintaining discipline as well as disclosure of the types of offences that are chargeable and the repercussions that follows if found guilty. 

TAKLIMAT PROGRAM DISIPLIN TENTERA BAGI ANGGOTA – ANGGOTA REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Isnin, 15 Mei 2023 Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Pusat PRIHATIN ABDB) telah mengadakan satu lagi sesi Taklimat Disiplin Tentera bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) bertempat di Rumah Masak, Perkhemahan Sungai Akar. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Leftenan Ramizah bin Sani, Pegawai Kaunseling, Pusat PRIHATIN ABDB.

Antara jenis kesalahan yang dibentangkan melalui taklimat tersebut ialah Kesalahan Tentera, Kesalahan Sivil dan Kesalahan Syariah. Semua anggota yang hadir juga diingatkan untuk menghubungi Pusat PRIHATIN ABDB sekiranya menghadapi masalah serta menghindari daripada menyalahgunakan media sosial bagi tujuan peribadi yang tidak berfaedah. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan Surah Al-Asr.

Tujuan taklimat ialah untuk memberi kesedaran dan sebagai peringatan kepada semua peringkat kepimpinan dan anggota tentang kepentingan menjaga disiplin serta pendedahan akan jenis-jenis kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa dan juga tindakan-tindakan yang dapat diambil sekiranya sabit kesalahan.