SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 7 April 2023 – PRIHATIN Centre Royal Brunei Armed Forces (PRIHATIN Centre RBAF) conducted a Military Discipline Briefing for the Royal Guards Regiment, Royal Brunei Land Force (RGdR, RBLF) officers and personnel at the Cookhouse of Sungai Akar Camp. The briefing was presented by Major Amiza binti Haji Zainal Abidin, Head Counselling Officer, PRIHATIN Centre RBAF.

Among the offences highlighted in the briefing are Military Offences, Civil Offences and Syariah Offences. The personnel in attendance were reminded to approach reasonable areas such as PRIHATIN Centre RBAF if they encountered difficulties and to avoid social media. The briefing ended with a question-and-answer session and the recital of Surah Al-Asr.

The purpose of the briefing is to remind all levels of leadership and personnel on the importance of maintaining discipline as well as to disclosure of the types of offences that are chargeable and the repercussions that follow if found guilty.

TAKLIMAT PROGRAM DISIPLIN TENTERA BAGI ANGGOTA REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DAR​AT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Juma’at, 7 April 2023 – Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Pusat PRIHATIN ABDB) telah mengadakan Taklimat Disiplin Tentera bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) bertempat di Rumah Masak, Perkhemahan Sungai Akar. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Mejar Amiza binti Haji Zainal Abidin, Ketua Pegawai Kaunseling, Pusat PRIHATIN ABDB.

Antara jenis kesalahan yang dibentangkan melalui taklimat tersebut ialah Kesalahan Tentera, Kesalahan Sivil dan Kesalahan Syariah. Semua anggota yang hadir juga diingatkan untuk menghubungi Pusat PRIHATIN ABDB sekiranya menghadapi masalah serta menghindari daripada menyalahgunakan media sosial bagi tujuan peribadi yang tidak berfaedah. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan Surah Al-Asr.

Tujuan taklimat ialah untuk memberi kesedaran dan sebagai peringatan kepada semua peringkat kepimpinan dan anggota tentang kepentingan menjaga disiplin serta pendedahan akan jenis-jenis kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa dan juga tindakan-tindakan yang dapat diambil sekiranya sabit kesalahan.