INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, Thursday, 17 August 2023 – The Medical Services Royal Brunei Land Force (RBLF) participated in the Brunei Medical Association (BMA) Forum on training event today at the Press Conference Hall, International Convention Centre, Berakas. A total of four Medical Officers and one Scientific Officer from the Medical Services RBLF led by Lieutenant Colonel (Dr) Fetty Ruziyana binti Haji Aliuddin, Senior Training Officer, Medical Training Wing attended the forum.
The event commenced with welcoming remarks from the president of the BMA, Dr Hajah Helena Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah where she welcomed all in promoting and maintaining the honour and interests of the medical profession and to be an avenue to voice the views of the medical profession. In this forum, Medical Services RBLF had a booth to showcase the services provided and specialties available such as Occupational Medicine, Underwater Medicine, Aviation Medicine and Sports and Exercise Medicine. The officers also had the opportunity to share the processes in joining Medical Services to interested students.
The Guest of Honour, Dr Ang Swee Hui, Deputy Permanent Secretary (Professional) Ministry of Health in his capacity as the Chairman of the Postgraduate Advisory and Training Board (PGATB), applauded the efforts of the association and underscored the importance of having a high-quality structured training program in Brunei. This will aid in producing competent practitioners and can ensure that the best healthcare is provided to the whole nation.
The BMA Forum was an inaugural event organised by the BMA to showcase various aspects on medical and dental specialties including military medicine, to prospective medical students, medical students and doctors-in-training. Medical Services RBLF is honoured to be invited and part of this event as this effort will strengthen relationship bertween BMA and wider medical community in the country. Medical Services RBLF values high-quality structured training and look forward to further improving the training provided within the Medical Services RBLF which aspires to contribute to the national medical training program.

KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB SERTAI FORUM BRUNEI MEDICAL ASSOCIATION
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, Khamis, 17 Ogos 2023 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyertai Forum Brunei Medical Association (BMA) pada hari ini bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seramai empat Pegawai Perubatan dan seorang Pegawai Saintifik yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (Dr) Fetty Ruziyana binti Haji Aliuddin selaku Pegawai Latihan Kanan, Cawangan Latihan Perubatan telah menyertai forum berkenaan.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Presiden BMA, Dr Hajah Helena Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah yang mana beliau mengalu-alukan kehadiran semua yang terlibat dan menekankan platform ini sebagai satu usaha untuk profesion perubatan menyuarakan sebarang pandangan serta mengekalkan kehormatan dan kepentingan semua ahli perubatan. Melalui forum ini, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB telah menyediakan kawasan pameran khas bagi unit tersebut mempamerkan khidmat-khidmat yang diberikan dan kepakaran yang ditawarkan seperti Perubatan Cara Kerja, Perubatan Bawah Air, Perubatan Penerbangan dan Perubatan Sukan dan Senaman. Para pegawai juga mengongsikan tatacara atau proses untuk menyertai unit berkenaan kepada pelajar – pelajar yang berminat.
Tetamu kehormat, Dr Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat dan Latihan Lepasan Ijazah (PGATB) memuji usaha persatuan BMA dan menekankan betapa pentingnya negara untuk mempunyai program latihan yang berstruktur dan berkualiti tinggi. Inisiatif seumpama ini akan membantu dalam melahirkan pegawai-pegawai perubatan dan pergigian yang cekap, di samping memastikan penjagaan kesihatan yang terbaik diberikan kepada seluruh penduduk di Negara Brunei Darussalam.
Forum BMA buat julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Brunei dalam mempamerkan pelbagai aspek kepakaran dalam bidang kesihatan dan pergigian termasuk bidang perubatan tentera serta memberikan pendedahan kepada bakal pelajar perubatan, pelajar-pelajar perubatan dan para doktor dalam latihan.
Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB sangat berbesar hati menerima undangan sekaligus terlibat dalam penyediaan pameran perubatan yang setentunya mampu mengukuhkan jalinan hubngan BMA bersama warga perubatan tempatan. Unit ini turut menghargai adanya latihan lanjut yang berstruktur dan berkualiti tinggi disediakan dan berharap untuk mempertingkatkan lagi kualiti latihan sedia ada dalam menyumbang ke arah program latihan perubatan negara yang cemerlang.