BOLKIAH GARRISON, Friday, 18 September 2026 – Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), organised the Tactical Combat Casualty Care (TCCC) Course in conjunction with Exercise Cooperation Afloat Readiness and Training (EX CARAT) 2026, held from 17th to 18th September 2026. The course concluded with a closing ceremony at the Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison, attended by Lieutenant Colonel Dr Haji Isehardy bin Murni, Deputy Chief Medical Services, RBLF.

In his closing remarks, he praised the commitment shown by both participants and facilitators, and underscored the value of ongoing collaboration in reinforcing joint medical readiness and response between services and partner forces. Facilitating the course were HM1 Jim Marshall of the United States Navy, alongside Sergeant Asmizaranney bin Gorge Michel and Sergeant Abdul Rahim Abdul Karim, both TCCC-qualified instructors from Medical Services, RBLF. The training brought together 19 participants from the Royal Brunei Armed Forces and the Ministry of Health.

Spanning a day and a half, the course was designed to sharpen the critical, life-saving capabilities of medics, combat medics and paramedics operating in tactical and high-risk settings, focusing on more advanced clinical skills. Participants took part in classroom instruction with skills practice stations alongside a mini mass-casualty simulation exercise held at the Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison, with an emphasis on putting advanced clinical skills into practice in the field.

KHIDMAT PERUBATAN & KESIHATAN, TDDB MENGANJURKAN KURSUS TACTICAL COMBAT CASUALTY CARE (TCCC) SEMPENA EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING (EX CARAT) 2026

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 18 September 2026 – Khidmat Perubatan & Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengendalikan Kursus Tactical Combat Casualty Care (TCCC) sempena Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (EX CARAT) 2026 yang berlangsung dari 17 hingga 18 September 2026. Kursus tersebut diakhiri dengan acara penutup yang diadakan di Markas Khidmat Perubatan & Kesihatan, Bolkiah Garison, dihadiri oleh Leftenan Kolonel Dr Haji Isehardy bin Murni, Timbalan Ketua Khidmat Perubatan & Kesihatan, TDDB.

Dalam ucapan, beliau merakamkan tahniah dan penghargaan atas dedikasi yang ditunjukkan oleh para peserta dan jurulatih, serta menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam mengukuhkan kesiapsiagaan dan tindak balas perubatan bersama antara perkhidmatan dan angkatan tentera sahabat. Kursus ini dikendalikan bersama oleh HM1 Jim Marshall dari Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS), dengan Sarjan Asmizaranney bin Gorge Michel dan Sarjan Abdul Rahim bin Abdul Karim, jurulatih bertauliah TCCC dari Khidmat Perubatan & Kesihatan, TDDB. Kursus ini turut disertai oleh 19 peserta yang terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kementerian Kesihatan.

Kursus yang diadakan selama sehari setengah ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran kritikal menyelamatkan nyawa di kalangan anggota medik, medik tempur dan paramedik yang bertugas dalam persekitaran taktikal dan berisiko tinggi, dengan tumpuan terhadap kemahiran klinikal yang lebih mendalam. Para peserta mengikuti sesi di dalam kelas berserta latihan kemahiran klinikal, di samping menjalani simulasi kecil mass casualty yang diadakan di Markas Khidmat Perubatan & Kesihatan, Bolkiah Garison, dengan penekanan terhadap mempraktikkan kemahiran klinikal yang lebih mendalam di medan.