SIEM REAP, CAMBODIA, Monday 29th June 2026 – A delegation from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), represented Brunei Darussalam in the 13th ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (13th ACMMC) held from 28th June to 1st July 2026 in Siem Reap, Cambodia. Hosted by the Royal Cambodian Armed Forces, the four-day event brought together military medical leaders and medical professionals from ASEAN nations under the theme “Enhancing ASEAN Military Medical Readiness and Resilience in the Face of Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) Threats”. The delegation was led by Colonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services, RBLF, accompanied by Lieutenant Colonel Dr Ranald bin Mohd Faizal and Captain Dr Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd Hamid as the representative for the Young ASEAN Military Medical Officer (YAMMO).

The conference commenced with an opening ceremony officiated by the Director of Health Department, Ministry of National Defence, Royal Cambodia Armed Forces, Major General Dr Chan Daravuth. Throughout the conference, delegates exchanged perspectives on strengthening military medical preparedness, enhancing interoperability, and developing collective approaches to emerging CBRN threats. The Head of Delegation Meeting was also held to discuss future collaborative initiatives and challenges relevant to the theme. Concurrently, the YAMMO competition was held to showcase innovative ideas and professional excellence from young military medical officers of each participating ASEAN member.

Brunei Darussalam’s participation in the 13th ACMMC reaffirmed its commitment to advancing military medical capabilities, fostering professional collaboration among ASEAN member states, and contributing towards a resilient and responsive regional military health network capable of addressing evolving security and humanitarian challenges.

KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB MENYERTAI ASEAN CHIEFS OF MILITARY MEDICINE CONFERENCE (ACMMC) KE-13

SIEM REAP, KEMBOJA, Isnin, 29 Jun 2026 – Delegasi dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mewakili Negara Brunei Darussalam ke ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (ACMMC) ke-13 yang berlangsung dari 28 Jun hingga 1 Julai 2026 bertempat di Siem Reap, Kemboja. Persidangan selama empat hari ini telah dipengerusikan oleh Royal Cambodian Armed Forces, yang menghimpunkan Ketua-ketua Perubatan Tentera serta pegawai dan ahli professional perubatan dari negara-negara ASEAN dengan tema “Enhancing ASEAN Military Medical Readiness and Resilience in the Face of Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) Threats”. Delegasi telah diketuai oleh Kolonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, disertai oleh Leftenan Kolonel Dr Ranald bin Mohd Faizal dan Kapten Dr Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd. Hamid selaku wakil bagi Young ASEAN Military Medical Officer (YAMMO).

Persidangan dimulakan dengan majlis pembukaan yang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan, Kementerian Pertahanan Nasional, Mejar Jeneral Dr Chan Daravuth. Sepanjang persidangan, para delegasi bertukar pandangan mengenai usaha dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan perubatan tentera, meningkatkan interoperabiliti, serta membincangkan pendekatan bersama dalam menghadapi ancaman KBRN yang semakin kompleks. Mesyuarat di antara Ketua-ketua Delegasi juga turut diadakan yang membincangkan inisiatif kerjasama masa hadapan serta cabaran-cabaran yang relevan dengan tema persidangan. Pada masa yang sama, pertandingan YAMMO juga berlangsung secara serentak di mana pegawai-pegawai muda perubatan tentera dari setiap negara ASEAN membentangkan idea-idea inovatif dan kecemerlangan profesional.

Penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam ACMMC ke-13 mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memperkukuhkan keupayaan perubatan ketenteraan, mempererat kerjasama profesional bersama negara-negara ASEAN serta menyumbang ke arah jaringan kesihatan pertahanan serantau yang lebih berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan serta kemanusiaan yang semakin berkembang.