BOLKIAH GARISSON, Tuesday, 16 November 2021 – A Subject Matter Expert Exchange (SMEE) focusing on medical, health and dental issues as part of this year’s edition of Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) was conducted between the Medical and Health Services Royal Brunei Land Force (RBLF), Dental Services RBLF and the United States Navy. The programme was held via video teleconferencing (VTC) in accordance with the guidelines from the Ministry of Health.

The programme began with the opening remarks from Colonel (Dr) Hj Awg Md Hafizul bin Hj Md Awg Hassan, Chief Medical Officer RBLF and Commander Drake Tilley, CTF-76 Surgeon/Fleet Surgical Team 7 OIC US Navy. The session then continued with presentations from both Brunei and the United States medical and dental representatives covering topics pertaining to COVID-19 medical and dental operations. This was followed by discussions, question and answer session and concluded with closing remarks.

The objectives of the SMEE are to encourage discussion and exchange of knowledge as well as experience through the sharing of best practices from both countries in tackling the COVID-19 pandemic. Moreover, it serves to further strengthen the long-standing partnership between both countries military medical and dental services.

 

SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE (SMEE) PERUBATAN, KESIHATAN DAN PERGIGIAN DALAM PROGRAM COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING (CARAT)

 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 16 November 2021 – Pertukaran kepakaran atau Subject Matter Expert Exchange (SMEE) yang memfokuskan kepada isu perubatan, kesihatan dan pergigian yang merupakan sebahagian daripada program Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) bagi edisi tahun ini telah dijalankan di antara Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Khidmat Pergigian TDDB dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Program tersebut telah dianjurkan secara dalam talian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan daripada Kementerian Kesihatan.

Program SMEE dimulakan  dengan kata alu-aluan  daripada Kolonel (Dr) Hj Awg Md Hafizul bin Hj Md Awg Hassan, Ketua Pegawai Perubatan, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Komander Drake Tilley, CTF-76 Surgeon/Fleet Surgical Team 7 OIC Tentera Laut Amerika Syarikat. Sesi diteruskan dengan pembentangan daripada kedua-dua wakil khidmat perubatan dan pergigian Brunei dan Amerika Syarikat yang merangkumi topik berkaitan dengan operasi perubatan dan pergigian di dalam situasi pandemik wabak COVID-19. Program kemudian diikuti dengan perbincangan serta sesi soal jawab dan diakhiri dengan ucapan penutup.

Objektif SMEE tersebut dijalankan adalah untuk menggalakkan perbincangan dan pertukaran pengetahuan kepakaran serta pengalaman melalui perkongsian best practices dari kedua-dua buah negara terutama dalam menangani pandemik wabak COVID-19. Di samping itu, ianya mengukuhkan lagi perhubungan erat yang telah lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dalam perkhidmatan perubatan dan pergigian ketenteraan.