BERAKAS GARRISON, Saturday, 17 October 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held ceremonies marking for the commencement of this year’s Maulidur Rasul 1442H/2020M to commemorate the birth of Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him (PBUH), across all suraus in the RBLF.
Present as the guest of honour at Surau Al- Fai’zun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Chief of Staff of RBLF, Acting Commandant of the Combat Service Support RBLF (CSS RBLF), senior officers, officers, Land Force Sergeant Major and other RBLF personnel. The ceremony began after a mass Maghrib prayers with the recitation of Surah Al-Fatihah and Dikir Syarafil Anam. The event concluded with Dikir Marhaban and closing doa after a mass Isyak prayers.
Other ceremonies were held at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, Mosque Pulau Baru-Baru and Surau Al-Hikmah Penanjong Garrison. Present at the event were Commanding Officers, senior officers, officers and personnel from each respective camps.
The Maulidur Rasul is celebrated at the start of the Islamic calendar month of Rabiulawal for 12 consecutive evenings culminating to a mass gathering to mark the birth of Prophet Muhammad on 12 Rabiulawal each year.



MAJLIS MAULIDUR RASUL MEMPERINGATI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW 1442H/2020M BERMULA
BERAKAS GARISON, Sabtu, 17 Oktober 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul bagi tahun 1442H bersamaan dengan 2020M bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW) secara serentak di semua Surau Perkhemahan TDDB.
Hadir selaku tetamu kehormat di Surau Al-Fai’zun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB), Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai–pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB. Acara dimulakan selepas menunaikan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Dikir Syarafil Anam, Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban dan bacaan doa penutup selepas menunaikan sembahyang fardhu Isyak berjemaah.
Majlis Maulidur Rasul juga diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, Masjid Pulau Baru-Baru dan Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan yang terlibat.
Maulidur Rasul diraikan pada permulaan bulan Rabiulawal mengikut kalendar Islam selama 12 malam berturut-turut dan diakhiri dengan satu perhimpunan sebagai kemuncak majlis pada 12 Rabiulawal di setiap tahun.