BERAKAS GARISON, Rabu, 07 Februari 2018 – Seramai 385 anggota dari Khidmat Bantuan Kombat TDDB menyertai acara Perbarisan Sarjan Mejar Regimen di padang Kawad 1Bn Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah RSM yang di raikan iaitu Yang Mulia PW1 Johari bin Hj Lamit, RSM, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), TDDB. Perbarisan ini berlangsung di Dewan Makan 1Bn TDDB, Berakas Garison.

Yang Mulia RSM KBK TDDB di beri penghormatan untuk memeriksa 6 Kawalan Kehormatan yang terdiri dari PTB-PTB Kanan pada kawalan pertama, Depoh Logistik Kawalan kedua, Kejuruteraan Darat kawalan ketiga, gabungan unit (Markas Khidmat Bantuan Kombat, Skn Semboyan, Khidmat Bomba, Kenderaan Pasukan, Khidmat Perubatan & Kesihatan dan Khidmat Pergigian) pada kawalan kelima dan Pasukan Askar Wanita kawalan ke enam. Perbarisan ini diketuai oleh Yang Mulia PW2 Mahadi bin Mohammad dari Depoh Logistik.

Dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian semasa Pemeriksaan FFR pada awal tahun 2017 dimana ada beberapa unit KBK TDDB meraih Pengelasan sangat baik dalam aspek Keselamatan Kesihatan Kerja (KKK) dan tahniah juga diucapkan kepada anggota-anggota KBK TDDB yang meraih anugerah terbaik dalam apa jua kursus yang dihadiri.

Disamping itu juga, Beliau menekankan kepentingan disiplin serta mematuhi etika penggunaan media social dan menjalankan pemantauan secara agresif dan proaktif bagi memastikan keutuhan benteng dalaman setiap anggota yang memimpin dan dipimpin.

Turut hadir bagi menyaksikan upacara tersebut ialah semua SMR-SMR dan SMK-SMK dari Tentera Darat Diraja Brunei dan anggota-anggota Khidmat Bantuan Kombat TDDB.

Acara perbarisan tersebut diteruskan dengan acara Jamuan yang diadakan di Mes PW/SSjn dan Sjn, Berakas Garison.