PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 29 Disember 2017 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kompeni C, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah berlangsung di Perkhemahan Tutong. Yang Mulia Kapten Mohd Sufrien bin Johan kini adalah Pegawai Memerintah Kompeni C, 2Bn TDDB yang baru setelah secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dari Yang Mulia Mejar Shahrul Amirul Iqbal bin Hj Sharbini.

Sebaik tiba, Pegawai Memerintah Kompeni C, 2Bn TDDB yang lama telah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan kehormatan yang terdiri daripada anggota Kompeni C 2Bn TDDB. Selesai memeriksa barisan, beliau telah memberi ucapan perpisahan yang mana didalam ucapan beliau menekankan agar anggota Kompeni C 2Bn mengekalkan prestasi, professionalisma dan disiplin yang tinggi.

Acara diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Pegawai Memerintah Kompeni C 2Bn TDDB. Setelah itu,Pegawai Memerintah Kompeni C, 2Bn TDDB yang Baru menerima tabik hormat bagi menandakan penerimaan jawatan sebagai Pegawai Memerintah Kompeni C 2Bn TDDB yang baru dan seterusnya memeriksa perbarisan kehormatan yang diikuti dengan ucapan beliau. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingati semua anggota Kompeni C 2Bn untuk sentiasa mematuhi arahan yang diberikan, serta melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas Demi bangsa dan Negara. Untuk memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Sld Muhammad Yusri bin Yusop dan majlis seterusnya bersurai.