BERAKAS GARISON, Khamis 25 Jan 2018
 – Kontinjen Pasukan Penembak AARM Tentera Darat Diraja Brunei telah menerima pucuk pimpinan yang baru. Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kontinjen AARM TDDB telah dilaksanakan diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi Bin Haji Hassan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen AARM TDDB bermula tahun 2016 hingga 2017 dan menyerahkan tugas kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen Pasukan AARM TDDB 2018 yang baru. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Taklimat Markas Tentera Darat Diraja Brunei.

Turut hadir menyaksikan Majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Khairil Bin Haji Ismail Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei serta Pegawai – Pegawai Kanan dan Staf Markas TDDB. Majlis dimulakan dengan Ketua Kontinjan Pasukan AARM 2016/17 menyampaikan Ulang Taklimat Pasukan Penembak AARM TDDB setelah selesai mengikuti Perlawanaan AARM di Republik Singapura baru-baru ini. Sesi taklimat berkenaan diakhiri dengan sesi perbincangan diantara Pegawai-Pegawai yang hadir bagi menghasilkan plan rancangan bagi tahun 2018 ini.

Majlis diakhiri dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas diantara kedua-dua Pegawai Pemerintah Batalion. Pasukan AARM TDDB akan meneruskan semula latihan pada tahun ini bermula pada bulan Mac 2018 bagi mempersiapkan Pasukan Penembak AARM TDDB yang akan menyertai Perlawanaan AARM 2018 di Malaysia nanti.