BERAKAS GARISON, Isnin 30 April 2018 - Majlis sambutan malam Nisfu Sya’aban bagi Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan telah diadakan bertempat di Surau Berakas Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta lain-lain peringkat TDDB di dalam Perkhemahan Berakas.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan diteruskan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah serta membaca Surah Yassin sebanyak 03 kali dan doa Malam Nisfu Sya’aban. Majlis diakhiri dengan sembahyang fardu Isya berjemaah.