PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 26 Februari 2018  – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan ke 160 yang telah diadakan di Rumah Masak, Perkhemahan Lumut.
Seramai 98 anggota telah berjaya mengikuti kursus dengan bantuan jurulatih-jurulatih daripada Batalion Pertama, Batalion Kedua dan Batalion Ketiga TDDB. Kursus ini dikendalikan selama 03 minggu iaitu bermula daripada 29 Januari 2018 hingga 21 Februari 2018 yang telah dikendalikan oleh Batalion Ketiga TDDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi Majlis Penyerahan Sijil Kursus tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemerintah 3Bn TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Sjn Md Harun Ar-Rasyid bin Husin dari jabatan agama ABDB. 
Acara seterusnya diteruskan dengan penyampaian sijil kepada anggota-anggota yang telah berjaya menamatkan kursus ini. Penuntut Terbaik keseluruhan disandang oleh Yang Mulia Sld Muhd Syafiq Hidayat bin Haji Rosli. Manakala Penuntut Terbaik Jasmani pula diraih oleh Yang Mulia Sld Ak Nordinnie Ayasy @ Ak Hadi bin Pg Ibrahim. Penuntut terbaik dalam bahagian Teori diraih oleh Yang Mulia Sld Abd Mu’izz bin Haji Mustapa. Penuntut Terbaik dalam bahagian Praktikal pula disandang oleh Yang Mulia Sld Muh Asnawi bin Azmi. Sebagai penutup acara disudahi dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.
Tujuan kursus ini dijalankan ialah sebagai pendedahan atau pengalaman secara lebih dekat lagi tugas-tugas sebagai seorang anggota infantri. Antara lain, kursus ini ialah sebagai satu platform penyesuaian diri bertugas didalam unit TDDB.