SURAU AL-QUWWAH PERKHEMAHAN BANGAR, Jumaat 02 Mac 2018 – Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Dana Kebajikan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bagi salah seorang anggota Kompeni E Batalion Pertama (1Bn) TDDB yang mana rumah keluarganya telah terlibat dalam musibah kebakaran di Kampung Junjungan pada pertengahan bulan Februari yang lalu.
Majlis amal ini telah dimulakan dengan membaca Ratib Al-Attas beramai-ramai dan seterusnya mendirikan Sembahyang Sunat Doha yang dikepalai oleh Sld Mohd Mu’izz bin Mustafa dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Penyerahan sumbangan Tabung Dana Kebajikan TDDB kepada 50052 Sld Mohammad Kamirul Nazrin bin Haji Lamat telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Yang Mulia Mejar Rudie Asmawi bin Abidin.
  
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Mulia Kapten Awang Haji Shahereen Firdaus bin Awang Haji Abu Bakar, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni E 1BN TDDB, PW2 Haji Abd Rahman bin Haji Kaling, Sarjan Mejar Kawad 1Bn TDDB serta anggota-anggota Kompeni E, 1Bn TDDB.
Sumbangan dari Tabung Dana Kebajikan TDDB ini sedikit sebanyak mampu membantu meringankan bebanan anggota yang telah ditimpa musibah serta menzahirkan keperihatinan TDDB dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan anggota-anggotanya.