BERAKAS GARISON, Rabu 18 April 2018
 – Majlis penyampaian pangkat PTB-PTB Kanan  bagi anggota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah dilaksanakan di Mes Sjn, SSjn dan PW Batalion Pertama TDDB.

Seramai 10 anggota menerima pangkat iaitu 05 anggota menerima pangkat ke pangkat Sarjan Tetap dan 05 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Sarjan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mutalib bin Bujang, Penolong Ketua Staf Logistik TDDB. Turut hadir ialah PTB-PTB Kanan Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia Kpl Mohd Arif Saifullah bin Ismail, anggota Markas TDDB.

Dengan adanya upacara penyampaian pangkat ini, Yang Mulia Tetamu Kehormat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan memberikan beberapa nasihat berguna untuk menjadi seorang pemimpin yang baik serta melaksanakan tanggungjawab, sentiasa komited dalam apa jua tugas yang diberikan.