BERAKAS GARISON,Khamis 18 Januari 2018 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan Majlis Penyampaian Pangkat bagi Pegawai Waran-Pegawai waran TDDB bertempat di Mess PW, SSjn & Sjn, Berakas Garison.

Majlis Kenaikan ini telahpun disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah TDDB. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai Pemerintah Unit dan Pegawai-Pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah TDDB.

Seramai 29 anggota Pegawai Waran-Pegawai Waran telah dinaikkan pangkat, 02 anggota ke pangkat PW1 Tetap, 02 anggota ke pangkat pemangku Pegawai Waran 01, 05 anggota ke pangkat Pegawai Waran 2 Tetap dan 20 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Staf Sarjan Norhasrin bin Asli dan diteruskan dengan penyampaian pangkat. Setelah selesai, bacaan Doa Khas dibacakan sekali lagi dan sesi bergambar ramai diadakan bagi anggota yang diraikan.

Adapun majlis ini diadakan untuk meraikan anggota-anggota yang telah dinaikan mahupun dinaikan pangkat tetap dan juga untuk memberi penghargaan dan memberikan lagi semangat kepada anggota-anggota lain untuk meneruskan perkhidmatan dengan penuh ikhlas dan berdidikasi dalam menjalani tugasan seharian.