BERAKAS GARISON, Rabu 14 Feb 2018 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah meraikan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang berlangsung didua tempat berasingan iaitu bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn Berakas Garison dan bagi PTB-PTB Rendah di Rumah Masak 1Bn TDDB. Seramai 10 orang anggota PTB-PTB Kanan dan 36 orang anggota PTB-PTB Rendah telah diraikan pada acara tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan ahli-ahli keluarga anggota yang diraikan.
Acara penyampaian pangkat PTB-PTB rendah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 50731 Sld Abd Manan bin Othman dari Kompeni A dan diteruskan lagi dengan penyampaian pangkat dan ucapan dari tetamu kehormat. Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB-PTB Rendah yang diraikan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan. Setelah selesai tetamu kehormat beredar ke Mes PW, SSjn & Sjn, Berakas Garison. Acara dimulakan juga dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan penyampaian pangkat kepada PTB-PTB Kanan yang diraikan dan bacaan doa khusus juga dibacakan bagi memberkati lagi majlis. Acara diteruskan lagi dengan bergambar ramai dan menikmati jamuan dan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.
Acara ini adalah sebagai satu penghargaan diatas sumbangan dan komitmen yang dicurahkan oleh anggota-anggota yang telah dinaikan pangkat kepada TDDB khasnya dan ABDB umumnya.



