PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 11 Oktober 2018 – Anggota Batalion Ketiga TDDB telah mengadakan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn. Jumlah anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai 03 anggota yang mana dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan.

Majlis kenaikkan pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Rudie Asmawi bin Abidin, Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB dan turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota Batalion Ketiga TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan  Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Sjn Harun Al-Rashid bin Hj Hussien dari Jabatan Agama ABDB dan diteruskan dengan penyampaian pangkat dan bergambar ramai bagi anggota yang diraikan bersama Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB serta menandatangani lembaran kenangan dimajlis tersebut. Bagi menyempurnakan majlis, acara disudahi dengan bacaan doa selamat dan bersurai.