PENANJONG GARISON, Khamis 10 Mei 2018 – Unit Skuadron Kereta Perisai Peninjau Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (SKPP Bn Bntu TDDB) telah mengendalikan Majlis Penutup Kursus Asas Ketua Trup, Penutup Kursus Lanjutan Ketua Krew CVR(T), Penutup Kursus Pertengahan CVR(T) dan Penutup Kursus Asas CVR(T) secara bergabung bertempat di Bilik Auditorium SKPP Bn Bntu TDDB, Penanjong Garison.

Majlis Penutup Kursus tersebut dirasmikan penutupanya oleh Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Hj Rony Zai bin Hj Zaini selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir bersama ke Majlis Penutup Kursus tersebut ialah Pegawa-Pegawai Memerintah Unit, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota Bn Bntu TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil serta lencana SKPP Bn Bntu TDDB kepada anggota peserta kursus yang menjalani Kursus Asas CVR(T) yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat.

Seramai 06 anggota SKPP Bn Bntu TDDB yang mengikuti Kursus Lanjutan Ketua Krew CVR(T), 15 anggota SKPP Bn Bntu TDDB yang mengikuti Kursus Pertengahan CVR(T) dan seramai 08 anggota SKPP Bn Bntu TDDB yang mengikuti Kursus Asas CVR(T). Jumlah keseluruhan anggota-anggota yang menyertai kursus-kursus tersebut adalah seramai 29 anggota manakala 02 pegawai SKPP Bn Bntu TDDB yang menyertai Kursus Asas Ketua Trup.


Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Lanjutan Ketua Krew CVR(T) telah disandang oleh Yang Mulia 18473 LKpl Muhammad Fariz bin Jamil. Seterusnya Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Pertengahan CVR(T) telah dimenangi oleh Yang Mulia 50608 Sld Mohammad Shafiq Ikhwan bin Mohad Diah dan manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Asas CVR(T) telah diraih oleh Yang Mulia 19921 Sld Md Safwan bin Hj Seruji.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup sebelum beredar ke ruang makan untuk menikmati jamuan.