BERAKAS GARISON, Rabu 14 Februari 2018 – Platun Semboyan Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Burnei (TDDB) telah mengadakan Kursus Asas Semboyan yang telah dihadiri oleh anggota daripada Platun 11 Kompeni Delta Batalion Pertama seramai 27 anggota. Kursus tersebut telahpun dijalankan selama 2 minggu bermula dari 05 Februari sehingga 14 Februari 2018.
Selama dua minggu kursus ini dijalankan, peserta kursus telah pun didedahkan dengan perkara – perkara asas selaku seorang ahli semboyan. Minggu pertama kursus ini memfokuskan tentang teori manakala minggu kedua memfokuskan tentang praktikal. Semasa minggu pembelajaran teori, para peserta kursus didedahkan dan diajar mengenai tatacara “Voice Procedure” yang betul dan pengenalan radio. Semasa minggu pembelajaran praktikal, para peserta kursus didedahkan dan diajar tatacara pemasangan dan membuka radio dengan betul. Disamping itu, peserta kursus juga berpeluang belajar tatacara penyediaan radio, tatacara penyediaan “GPS” serta tatacara menghantar pesanan ringkas (SMS) melalui radio.
Ujian teori dan praktikal juga diadakan untuk penilaian kefahaman dan kemahiran peserta kursus didalam tatacara pengendalian radio yang betul dan effisien. Majlis penutup kursus asas semboyan diakhiri dengan penyampaian sijil dan lencana asas semboyan kepada peserta kursus. Penyampaian sijil dan lencana ini disempurnakan oleh Yang Mulia Kapten Adi Asmawi Bin Adanan selaku Pegawai Semboyan Batalion Pertama TDDB. Peserta kursus terbaik keseluruhan disandang oleh Yang Mulia Sld Mohammad Khairul Izzuddin Bin Haji Matusin daripada Platun 11.
Dengan adanya kursus ini dapat menyuntik semangat para anggota dan juga menyerlahkan keupayaan setiap anggota-anggota. Disamping itu secara tidak langsung dapat merapatkan ikatan persahabatan yang sedia ada serta meningkatkan semangat berpasukan dan setiakawan didalam melaksanakan apa juga tugas yang dipertanggungjawabkan.








