PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 06 November 2017 - Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Tengahari Bersama Stakeholders Daerah Belait Sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke 56 tahun. Majlis berlangsung di Mes Pegawai Batalion Ketiga Perkhemahan Lumut.

Diantara jemputan-jemputan yang hadir mewakili Agensi-Agensi Kerajaan adalah terdiri daripada Pejabat Daerah Belait, Pengarah Jabatan-Jabatan Kerajaan, Brunei Shell Petroleum, BLNG, Pejabat Pentadbiran Awam Perkhemahan Lumut, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Batalion Ketiga.

Majlis seperti ini dikendalikan khusus sebagai satu tanda penghargaan dan penghormatan kepada semua Agensi Kerajaan serta Institusi Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di atas komitmen dan usaha, muafakat serta kerjasama yang sangat baik yang telah lama terjalin, seperti yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB pada majlis tersebut.

Selain itu, pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya dan TDDB khususnya menyeru agar semua warga agensi dan institusi kerajaan di Daerah Belait ini agar bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam mengeratkan lagi hubungan diantara tentera dan stakeholders dalam sama-sama menjaga ketenteraman dan keamanan negara.