BERAKAS GARISON, Jumaat 05 Januari 2018 – Pegawai-Pegawai Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena pertukaran keluar dan masuk Pegawai-Pegawai 1Bn TDDB yang telah diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison. Seramai 10 orang pegawai yang bertukar keluar dan 07 orang pegawai yang bertukar masuk ke 1Bn TDDB telah diraikan dengan penuh adat ketenteraan. Tetamu Kehormat Majlis pada malam tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB bersama isteri. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB iaitu Yang Mulia Mejar Rudie Asmawi bin Abidin serta isteri. Seramai 59 orang Pegawai-Pegawai berserta pasangan masing-masing telah hadir memeriahkan majlis yang penuh adat pada malam tersebut.
Acara malam tersebut telah dimulakan dengan sesi bergambar ramai. Seterusnya bacaan doa telah dibacakan bagi memberkati majlis sebelum jamuan dihidangkan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai-Pegawai yang diraikan, serta ucapan dari Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan ucapan balas dari Yang Mulia Mejar Mohd Khairol Hadizam bin Haji Osman, mantan Pemangku Pegawai Gerakan 1Bn TDDB mewakili Pegawai-Pegawai yang diraikan sebelum majlis bersurai.
Majlis ini telah diungkayahkan adalah sebagai satu tanda penghormatan dan penghargaan diatas jasa, khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan oleh mantan Pegawai-Pegawai 1Bn TDDB disepanjang bertugas di unit ini, disamping itu juga sebagai salah satu landasan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim atau Esprit De Corps diantara Pegawai-Pegawai 1Bn TDDB berserta isteri-isteri.


