BERAKAS
GARISON, Jumaat, 28 September 2018 – Majlis Khatam Al-Quran bersempena Hari Ulang Tahun Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (HUT KBK TDDB) ke-27 telah diadakan di Surau Al-Faizun Berakas Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Dr Haji Mohd Hafizul bin Awg Haji Hassan, Pemangku Komandan KBK TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta Lain-Lain Peringkat unit KBK TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan khatam beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Faizun Berakas Garison diikuti dengan bacaan takhtim dan doa khatam. Majlis diserikan lagi dengan laungan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Khas sempena HUT KBK TDDB.
Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai merupakan program tetap tahunan bagi meraikan HUT KBK TDDB yang disambut setiap 1 Oktober bagi memperingati penubuhan secara rasmi unit Angkatan Tentera Perkhidmatan Bersenjata Diraja Brunei (ATPB DB) pada tahun 1991.

