PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 3 November 2017 - Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 56 tahun bertempat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Lt Kol Erwan Bin Haji Ibrahim Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga, Turut hadir semasa acara tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan peringkat rendah.

Majlis dimulakan dengan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh 51498 Sld Khairul Yazid bin Hj Mat Rajeh. Kemudian Sembahyang Fardu Magrib berjemaah yang diimamkan oleh anggota Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia Sjn Harun Ar-Rashid. Majlis diteruskan lagi dengan membaca Doa Khas sempena HUT TDDB di ikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran Sempena HUT TDDB ke-56 tahun. Majlis diakhiri Sembahyang Fardhu Isya berjemaah dan doa khusus peliharakan Sultan & Negara Brunei Darussalam.