BERAKAS GARISON, Jumaat 03 November 2017 - Anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TDDB ke 56 tahun bertempat di Surau Al-Fai’zun Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah TDDB. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, A, Pegawai-pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai TDDB, PTB-PTB Kanan dan peringkat rendah TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang dibacakan oleh Yang Mulia Sld Abd Manan bin Othman, anggota Batalion Pertama TDDB diikuti Sembahyang Fardu Magrib berjemaah yang di imamkan oleh Imam Surau Al-Fai’zun Berakas Garison. Majlis diteruskan lagi dengan membaca Doa Khas sempena HUT TDDB di ikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran Sempena HUT TDDB ke-56 tahun. Majlis Khatam Al-Quran disertai oleh anggota TDDB seramai 56 orang dan dikepalai oleh Yang Mulia Kapten Narolismandy bin Haji Samaih, Pegawai Agama dari Jabatan Agama ABDB. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.