BERAKAS GARISON, Rabu, 16 Mei 2018 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia 52509 Pegawai Kadet Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke pangkat Kapten Tauliah Tetap bermula pada 13 Mei 2018. Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kadet telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison pada pagi ini.
Majlis penyampaian kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan TDDB dan ahli keluarga anggota yang dinaikan pangkat.
Dengan majlis kenaikan pangkat tersebut, pegawai kadet telah dikenali sebagai Yang Mulia 1233 Kapten Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif. Beliau akan ditempatkan sebagai Pegawai Pergigian, dibawah Khidmat Pergigian, Khidmat Bantuan Kombat, TDDB. Kapten Dr Muhammad Nur Azwan merupakan seorang graduan dari University of Otago, New Zealand dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda
Dental Surgery. Beliau juga telah mengikuti Latihan Asas Ketenteraan Pegawai Kadet selama 3 bulan di Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).
