BERAKAS GARISON, Rabu 15 Ogos 2018 - Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia 52548 Pegawai Kadet Awang Nabil Suhiridhwan bin Awang telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke pangkat Kapten Tauliah Tetap bermula dari 05 Ogos 2018. Upacara tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.
Majlis penyampaian kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai TDDB dan ahli keluarga anggota yang telah dinaikan pangkat.
Dengan majlis kenaikan pangkat tersebut, pegawai kadet telah dikenali sebagai Yang Mulia 1236 Kapten Awang Nabil Suhiridhwan bin Awang. Beliau akan ditempatkan di Pejabat Perundangan Tentera, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Kapten Awang Nabil Suhiridhwan bin Awang merupakan seorang graduan daripada
College of Law, Sydney Australia dalam jurusan
Bar (Master) Practical Legal Training.