PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 12 April 2018 – Seramai 12 anggota PTB-PTB Rendah dan PTB-PTB Kanan seramai 3 anggota 2Bn TDDB yang telah diraikan dengan majlis penyampaian pangkat yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Makan Batalion Kedua bagi kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah manakala kenaikan pangkat bagi PTB-PTB Kanan dilaksanakan di Mes PW, SSjn dan Sjn, Perkhemahan Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat ini ialah Yang Mulia Leftenen Kolonel Pengiran Muhammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Memerintah Kompeni, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan serta PTB-PTB Rendah 2Bn TDDB.
Sebelum acara dimulakan, bacaan surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh Yang Mulia LKpl Md Hafiy bin Md Ariffin, anggota dari Jabatan Agama, ABDB. Seterusnya YM Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB telah berkenan menyampaikan pangkat kepada anggota-anggota yang di raikan pada majlis ini. Selesai sahaja penyampaian pangkat doa selamat telah di bacakan oleh Yang Mulia LKpl Md Hafiy bin Md Ariffin, anggota dari Jabatan Agama, ABDB.
Adapun tujuan majlis ini diadakan untuk memberikan semangat kepada anggota-anggota 2Bn TDDB untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk mencapai prestasi yang baik.



