PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 15 Februari 2018 – Sebanyak 23 anggota PTB-PTB Rendah 2Bn TDDB yang telah diraikan dengan majlis penyampaian pangkat yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Makan, Perkhemahan Tutong.

Yang Mulia Leftenen Colonel Pengiran Muhammad Shamsul Reza bin Pengiran Datu Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB telah hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat ini. Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai-Pegawai Memerintah Kompeni, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan serta PTB-PTB Rendah 2Bn TDDB.

Sebelum acara dimulakan, bacaan surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh 19595 LKpl Md Hafiy bin Md Ariffin, anggota dari Jabatan Agama, ABDB. Seterusnya YM Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB telah berkenan menyampaikan pangkat kepada anggota-anggota yang di raikan pada majlis ini. Selesai sehaja penyampaian pangkat doa selamat telah di bacakan oleh 19595 LKpl Md Hafiy bin Md Ariffin, anggota dari Jabatan Agama, ABDB.

Majlis ini bertujuan bagi memberikan semangat kepada anggota-anggota 2Bn TDDB untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk mencapai prestasi yang baik.