BERAKAS GARISON, Jumaat 07 Oktober 2016 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah meraikan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn dan PTB-PTB Rendah di Padang Kawad 1Bn TDDB, Berakas Garison.

Anggota-anggota yang dinaikkan pangkat ialah seramai 13 anggota dari PTB-PTB Kanan iaitu ke pangkat Sarjan Tetap seramai 03 anggota, ke pangkat Pemangku Sarjan seramai 10 anggota, dan 33 anggota dari PTB-PTB Rendah iaitu Kopral tetap seramai 02 anggota, Pemangku Kopral seramai 06 anggota dan ke Lans Kopral Tetap seramai 05 anggota manakala ke Pemangku Lans Kopral seramai 22 anggota. Kesemua anggota yang dinaikan pangkat seramai 48 anggota.

Majlis kenaikan pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Muhd Suwardi Ariffin bin PDLDP Haji Abdul Latiff, Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB.

Bagi PTB-PTB Rendah, acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh anggota Jamaat ABDB dan Ketua perbarisan pada majlis itu diketuai oleh Ssjn Pg Samsuladi bin Pg Bakar, KSM Komp A 1BN TDDB. Seterusnya penyampaian pangkat dan ucapan yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Selepas selesai penyampaian pangkat bagi PTB-PTB Rendah, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB bersama isteri beredar ke Mes PW, SSjn & Sjn, Berakas Garison. Bagi penyampaian kepada PTB-PTB Kanan, Ketua perbarisan pada majlis itu diketuai oleh Pw2 Mazlan Bin Salleh, Pmk SMK 1BN TDDB dan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh anggota Jamaat ABDB juga dibacakan dan diteruskan dengan penyampaian pangkat. Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.