PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 19 Februari 2018 – Anggota Batalion Ketiga TDDB telah mengungkayahkan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah di Dewan Makan dan di Mes PW, SSjn & Sjn bagi PTB-PTB Kanan. Jumlah keseluruhan yang dinaikkan pangkat adalah seramai 52 anggota yang mana kenaikkan pangkat ke Stap Sarjan Tetap seramai 03, ke Pemangku Stap Sarjan seramai 02, ke Sarjan Tetap seramai 05 anggota, ke Pemangku Sarjan seramai 05 anggota, ke Koperal Tetap seramai 06 anggota, ke Pemangku Koperal seramai 06 anggota, ke Lans Koperal Tetap seramai 12 anggota manakala ke Pemangku Lans Koperal seramai 13 anggota.

Majlis kenaikkan pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemerintah Batalion Ketiga TDDB dan turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan,PTB-PTB Rendah dan anggota-anggota warga Batalion Ketiga TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh anggota JAMA’AT surau Perkhemahan Lumut dan diteruskan dengan penyampaian pangkat dan bergambar ramai bagi anggota yang diraikan bersama Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB. Sebelum meninggalkan majlis, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB berkesempatan untuk menandatangani lembaran kenangan di kedua majlis tersebut