PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 28 Disember 2017 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah meraikan Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB-PTB Kanan peringkat 2Bn TDDB bertempat di Mess PW, SSjn & Sjn, Perkhemahan Tutong.

Majlis kenaikkan pangkat ini telahpun disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Pengiran Mohammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan 2Bn TDDB.

Seramai 04 anggota PTB-PTB Kanan telah dinaikkan pangkat, 03 anggota dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan Tetap dan manakala 01 anggota dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin dari anggota Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan diteruskan dengan penyampaian pangkat. Setelah selesai, bacaan Doa Khas dibacakan sekali lagi dan sesi bergambar ramai diadakan bagi anggota yang diraikan.

Adapun majlis ini diadakan untuk meraikkan anggota-anggota yang telah dinaikkan mahupun dinaikkan ke pangkat tetap dan juga untuk memberi penghargaan dan memberikan lagi semangat kepada anggota-anggota lain untuk meneruskan perkhidmatan dengan penuh ikhlas dan berdidikasi dalam menjalani tugasan seharian.