BERAKAS GARISON, Jumaat 16 Februari 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 44 tahun yang berlangsung di Surau Al Fai’zun, Berakas Garison. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, Pegawai Memerintah Kompeni C Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB).
Hadir selaku tetamu kehormat majlis iaitu Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Maidah ayat 8 hingga 11 yang dibacakan oleh 50510 Sld Awangku Abd Azim bin Pengiran Dulamit dari Kompeni Memerintah 1Bn TDDB, acara diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Surah Yassin serta membaca doa khas yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Fai’zun, Berakas Garison. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.