BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 1 November 2017 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) serta anggota-anggota TDDB telah mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman di Kubah Makam Diraja bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei yang ke-56 Tahun.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar TDDB, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Pengiran Muhammad Khairuddin bin Pengiran Haji Mohammad Tali, Pegawai Operasi Jabatan Ugama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Acara diakhiri dengan menyiram air asah-asahan di atas makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.
