LUMUT CAMP, Thursday, 24 December 2020 - Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF)
held a luncheon in conjunction with the posting out and retiring senior ranks of 3Bn RBLF at
the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants’ Mess, Lumut Camp.
Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, ex-Commanding Officer of 3Bn RBLF. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and followed by a speech from the guest of honour. In his speech, he expressed his gratitude and thanked all personnel of 3Bn RBLF as well as the senior ranks who had served with him throughout his service in 3Bn RBLF.
The luncheon concluded with presenting token of appreciation to the posting out senior ranks, followed by a photo taking session and the signing of parchment.

MAJLIS MERAIKAN PTB-PTB KANAN BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG BERSARA DAN BERTUKAR JAWATAN
PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 24 Disember 2020 – Sebagai tanda penghargaan dan menzahirkan rasa terima kasih atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), majlis bagi meraikan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan 3Bn TDDB yang akan bersara dan bertukar jawatan telah diadakan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Perkhemahan Lumut.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Mantan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat. Melalui ucapan tersebut, beliau amat menghargai segala sumbangan bakti dan kerjasama padu yang diberikan oleh warga 3Bn TDDB termasuklah PTB-PTB Kanan 3Bn TDDB yang diraikan di sepanjang perkhidmatann beliau di 3Bn TDDB.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan dan ditutup dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.