BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30th May 2024 – The conduct of Level 5 Diploma in Health Science Paramedic Year 3 students along with their lecturers from Polytechnic Brunei has officially concluded their placement at Medical Services, Bolkiah Garrison. A total of 33 students completed their four-day work placement which took place from 27th May 2024 until 30th May 2024.
During the orientation, Lieutenant Dayang Najeebah ‘Azimah binti Dr Awang Zainal Ariffin, Acting Training Officer of the Medical Training Wing, delivered a welcoming speech and provided guidelines for the students to adhere to throughout their placement with Medical Services of the Royal Brunei Land Force (RBLF). The briefing concluded with a tour at the Medical Training Wing, Environmental Health Unit, Medical Logistic Store and Medical Reception Station at Bolkiah Garrison.
This attachment aimed to enhance the students’ understanding of Medical Services’ roles that also encompassed patient management and transportation via various means through land, air and sea. It included familiarization on pre-hospital care, facilitating radio communication between Medical Services RBLF and ambulance services as well as exposure to consulting and managing patients on site.
Additionally, the students get to experience standby duties to observe medical coverage for the Royal Brunei Armed Forces 63rd anniversary and also participated in physical activities such as morning runs with Medical Services RBLF personnel. Through this initiative, students gained exposure and essential skills required as military paramedic and this can be seen as an opportunistic way to eventually recruit qualified paramedics into Medical Services.





PROGRAM PENEMPATAN KERJA PELAJAR LEVEL 5 DIPLOMA IN HEALTH SCIENCE PARAMEDIC TAHUN 3 DI KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN, BOLKIAH GARISON
BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Mei 2024 – Pelajar Level 5 Diploma dalam Health Science Paramedic Tahun 3 bersama-sama tenaga pengajar mereka dari Politeknik Brunei telah secara rasminya menamatkan penempatan mereka di Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Sejumlah 33 pelajar yang menamatkan program empat hari berlangsung dari 27 Mei 2024 hingga 30 Mei 2024.
Semasa orientasi, Leftenan Dayang Najeebah ‘Azimah binti Dr Awang Zainal Ariffin, Pemangku Pegawai Latihan, Cawangan Latihan Perubatan, telah menyampaikan taklimat alu-aluan dan memberikan garis panduan yang perlu dipatuhi semasa penempatan mereka di Khidmat Perubatan dan Kesihatan. Taklimat tersebut diakhiri dengan lawatan ke Cawangan Latihan Perubatan, Unit Kesihatan Alam Sekitar, Stor Logistik Perubatan dan Khidmat Perubatan dan Kesihatan di Bolkiah Garison.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang peranan Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang juga merangkumi pengurusan dan pengangkutan pesakit melalui pelbagai cara melalui darat, udara dan laut. Selain itu, program tersebut juga mengajar pelajar untuk membiasakan diri dengan penjagaan pra-hospital, berkomunikasi menggunakan radio antara Perkhidmatan Perubatan TDDB dan ambulan serta pendedahan kepada konsultasi dan pengurusan pesakit secara langsung.
Pelajar-pelajar juga berpeluang mengikuti tugas siap sedia Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, sebagai pemerhati perlindungan perubatan bagi ulang tahun ke 63 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei disamping mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seperti larian pagi bersama kakitangan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Melalui inisiatif ini, pelajar mendapat pendedahan dan kemahiran penting yang diperlukan sebagai paramedik tentera dan ianya sekaligus dapat merekrut paramedik yang berkelayakan ke Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.