BERAKAS GARRISON, Monday, 08 February 2021 – A Leadership Talk session by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF took place at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Present at the talk was the Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) across RBLF.

The session began with the recitation of Surah al-Fatihah and followed by the leadership talk by the Commander of RBLF. During the talk, he shares the insight and the significance of his 12 Command Philosophies towards ensuring the RBLF development and how it is important to enhance the leadership of the RBLF’s SNCOs. The Commander of RBLF also shared the lesson learnt through his leadership experiences and addressed the importance for all personnel to always self-reflect. The SNCOs also encouraged to enhance their communication skills and to maintain a high standard level of fitness.

Towards the end of the talk, the Commander of RBLF suggested the SNCOs to distinguish and appreciate the RBLF history especially in terms of RBLF’s development and its transformation since it is a pride and will be recalled. The Leadership Talk is the second session that have been planned for the Commander of RBLF and will be conducted again to reach all leadership ranks in RBLF.

SESI PERKONGSIAN LEADERSHIP TALK BERSAMA PEMERINTAH TDDB


BERAKAS GARISON, Isnin, 08 Februari 2021 – Satu sesi Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir semasa ceramah tersebut ialah Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dari semua unit TDDB.

Sesi tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah kepimpinan oleh Pemerintah TDDB. Semasa ceramah tersebut, beliau mengongsikan perisian dan kepentingan 12 Falsafah Pemerintahan beliau kepada pembangunan TDDB dan bagaimana ia penting untuk meningkatkan mutu kepimpinan PTB Kanan TDDB. Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengongsikan pengajaran kepimpinan yang telah didapati melalui pengalaman peribadi beliau dan menekankan kepentingan muhasabah diri dalam setiap anggota. PTB-PTB Kanan juga disarankan untuk mempertingkatkan diri dalam kemahiran berkomunikasi dan mempertahankan tahap kecergasan yang tinggi.

Dalam sesi akhir ceramah, Yang Mulia Pemerintah TDDB menyarankan supaya PTB-PTB Kanan untuk menghayati dan mengetahui detik-detik sejarah TDDB terutama dari segi perkembangan dan transformasi yang telah dilalui oleh TDDB kerana ia adalah satu kebanggaan yang akan menjadi ristaan zaman. Ceramah Kepimpinan ini merupakan sesi kedua yang telah dirancangkan bagi Yang Mulia Pemerintah TDDB dan akan dilaratkan lagi kepada semua lapisan peringkat kepimpinan dalam TDDB.